Wanita Melamar Lelaki Amalan Mulia

on Saturday, 15 June 2013


Oleh PenaSeorangMuslim

IKAT PERTUNANGAN…tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya.

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.
Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

SYOKNYEEE:Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari !!

on Friday, 14 June 2013

Oleh Zulhafidz Yahaya

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
 
02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
 
03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
 
04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
 
05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
 
06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
 
07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
 
08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
 
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung.

Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?

iLuvislam.com

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam


Info Penulis
Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006).


TIDUR: Fakta Sebenar Yang Anda Terlupa


Fakta Sebenar Tentang Tidur



     Tidur adalah satu pekerjaan yang sangat sangat sangat penting, tetapi hampir semua orang dewasa tidak dapat tidur yang cukup. Ini disebabkan faktor kerja, tanggungjawab, cuaca, penyakit, persekitaran dan lain-lain lagi. Penelitian menunjukkan bahawa kekurangan masa tidur yang cukup mampu memberi implikasi yang serius. Kurang tidur mampu membuat anda gemuk dan peratusan anda untuk menghidap penyakit strok akan meningkat.


1. Ibu bapa akan kehilangan 6 bulan masa tidur dalam tempoh dua tahun pertama penjagaan anak


2. Gangguan tidur yang paling menarik adalah kebolehan mengakses internet 24 jam




3. Seseorang yang pernah bergelar pelajar akan WAJIB tertidur di dalam kelas 



4. Anda mungkin bermimpi anda terjaga dari tidur

BACALAHHH: 11 Perkara penyebab kita menjadi penderhaka suami


 
Oleh peribadirasulullah

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRUscZTKC2Ff-Ms2Lc91EZIO5Mi8IphHcf9vXZstx9s4bkAztoT
Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
2. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
4. Enggan berpinda


5.(berhijrah) bersama suaminya.
6. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
7. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
pergi. Minta talak.
8. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
9. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
10. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
11. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
pergi. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
dan. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Semoga bermanfaat..In sya Allah.
http://www.facebook.com/pages/Tegakkan-Khilafah-Islamiyah/316372781728401

Kerana aku juga wanita

on Thursday, 13 June 2013

Oleh rediesh
Banyak sekali lagu-lagu yang bertema wanita, menyanjunginya, memujinya setinggi langit. Keindahan wanita digambarkan dalam banyak lagu dan puisi. Bahkan Iwan Fals dalam sebuah lagunya menyatakan wanita sebagai syaitan yang menarik ke dalam neraka yang asyik. Sebegitu hebatkah wanita? Para pelukis terkenal pun tidak ketinggalan menjadikan wanita sebagai objeknya.

Di dalam Al-Qur’an pun digambarkan,

Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik.
(QS. Ali ‘Imran: 14)

Kerana keindahannya itulah, wanita dieksploitasi. Foto-foto wanita bertebaran dimana-mana dengan gaya apapun. Hanya sedikit iklan produk yang tidak menyertakan wanita sebagai ikonnya. Wanita menjadi hujung tombak pemasaran sebagai stand guide, pramuniaga, dan public relation. Wanita menjadi industri yang menguntungkan. Majalah Playboy dan lainnya yang mengekploitasi keindahan tubuh wanita menjadi tumbuh subur. Business ini pun merambah ke sambungan-sambungan telefon yang memanfaatkan keindahan suara wanita.

Sedarkah wanita menjadi objek yang dimanfaatkan untuk kepentingan syahwat perut dan dibawah perut? Benarkah untuk memenuhi kebutuhan perut harus mempamerkan perut atau bahagian tubuh lainnya?

Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:

Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir), dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.
(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan ‘Imran serta selain keduanya)

Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokka n kepala mereka karena sombong dan berpaling dari ketaatan kepada ALLAH dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk onta. Mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan wanginya surga padahal wanginya bisa didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.
(HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu)

Dari ‘Imran bin Husain beliau berkata Nabi Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.
(HR. Muslim dan Ahmad)

Keindahan wanita menjadi ujian bagi lelaki manapun. Wanita sekarang menjadi objek yang hina. Mereka meninggalkan Islam yang memuliakan wanita dengan kewajipan menjaga aurat dan suara.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.
(QS. An-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS.Al Ahzaab: 59)

Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.
(QS. Al- Ahzab: 32)

Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam juga bersabda tentang fitnah wanita dalam shahih bukhari,

Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita. Wanita menjadi fitnah ketika mereka menjadi alat membangkitkan nafsu dan keinginan bagi lelaki.

sumber klik

Bahaya Kartun Pokemon



Oleh Lutsinar



Isu kartun Pokemon bukanlah satu perkara baru, kumpulan-kumpulan Kristian dan juga kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat melarang permainan Pokemon. Bahkan Arab Saudi merupakan negara pertama yang mengharamkan semua produk Pokemon pada tahun 2001. Tindakan kerajaan Arab Saudi mendapat sokongan daripada ulama-ulama dan kebanyakan universiti di sana. Alasannya kerana wujud unsur perjudian dan dengan ada Bintang David dalam kartun tersebut menguatkan lagi bukti bahawa kartun tersebut adalah propaganda Yahudi dan juga Freemason.

Situasi ini bertambah parah dengan adanya versi pek syaitan, yang banyak mengandungi babak-babak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan ensiklopedia awam wikipedia telah membuang banyak animasi Pokemon, atas alasan yang lebih kurang sama dengan kerajaan Arab Saudi Merujuk kepada email yang ada di blog Darul Numan, Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah siryaniiyah)

contohnya:
• POKEMON – saya yahudi
• CHARMANDER – ALLAH itu lemah…(Subhanallah!)
• PIKACHU – jadilah seorang yahudi..

Tetapi mereka menafikan nama-nama itu adalah bersandar bahasa Sirvani tetapi ia adalah dalam bahasa Inggeris, katanya;

Pocket bermaksud saku disingkatkan menjadi Poke dan Mon adalah singkatan daripada Monster, lalu menjadi Pokemon. Lantaran itu Pokemon bermaksud raksasa-raksasa kecil dapat dimasukkan ke dalam poket atau saku.

Untuk nama Pikachu yang merupakan tokoh termasyhur dalam kartun ini, juga terbentuk dari dua patah perkataan : (Pika) dalam bahasa Jepun memberi makna bersinar. Sedangkan kata (Chu) merupakan ungkapan tentang suara-suara yang keluar dari mulut tikus. mengapa dinamakan Pikachu ? Sebabnya ia kelihatan seperti tikus yang bersenjatakan panahan petir.

Manakala kata (Charmander) menunjukkan makna : api yang menyala/membakar. Diambil dari kata bahasa Inggeris (Char). Sedangkan kata (Amander) adalah sebuah kata yang memberikan isyarat pada seekor binatang seperti cicak yang mempunyai api menyala.

Keterangan ini diterangkan oleh Atase Kebudayaan Jepun di Yordania : Kuji Taharo, sebagaimana yang ditulis oleh surat khabar Yordania ar-Ra’yu pada tarikh 4/4/2001.
Majalah New York Times pada tarikh 26 Mac 2001 menjelaskan ungkapan wakil produser kartun ini di Tokyo yang identitinya disembunyikan, ia menafikan penggunaan syiar-syiar keagamaan dalam produk-produknya.

Dari penafiannya ini, saya ada beberapa persoalan yang menerjah di benak fikiran iaitu,

1. Kenapa tidak namakan sahaja pocketmon, perkataan Pokemon hanya menggugurkan 2 huruf sahaja C dan T.

2. Mon adalah singkatan bagi monster yang bermaksud raksasa, pendapat peribadi saya, raksasa adalah haiwan ganas dan jahat yang besar ataupun sekurang-kurangnya sama besar manusia dan haiwan kecil tidak layak dipanggil raksasa. Dalam cerita kartun tersebut haiwan tersebut lebih kurang sebesar kucing aje yang dapat di kendung. Jinak pulak tu. Ada ke raksasa jinak dan baik?

3. Jika perkataan chu adalah bunyi bagi tikus, saya tidak pernah mendengar tikus berbunyi ‘chu’ tetapi bunyinya ‘chit-chit ‘ kerana itulah dalam bahasa Melayu, anjing menyalak dan tikus berdecit

4. Cuba perhatikan perkataan Poke dan Pika, bukankan ia kelihatan sama, memang ada beberapa bahasa jika ia bersambung dengan lain- lain perkataan ia akan berubah sikit terutama bahasa Arab. Dan tidak mustahil dalam bahasa Siryani ia memberi maksud Yahudi, Pokemon – Saya Yahudi , Pikachu – Jadilah Seorang Yahudi..

5. Jika digabungkan Char dan armander bukankah ia menjadi Chararmander, bukannya Charmander. Bila saya taip armander dewan eja pro tak ada pulak maksud arahan atau isyarat, tiada maksud apa-apa. Arahan dalam bahasa Inggeris command ataupun order manakala isyarat signal ataupun gesture.

6. Isu ini isu hangat ataupun isu besar dunia yang boleh membuat kerugian jika banyak negara Islam melarang kartun ini, kenapa identiti produser perlu dirahsiakan sepatutnya ia yang menjelaskan perkara ini bukannya wakilnya ataupun orang lain. Berani kerana benar.

7. Jika benar ia tiada kena mengena mana-mana agama kenapa wujud stars of david ataupun ada versi syaitan. Bukankah syaitan ini tidak dapat di lihat tetapi dipercayai wujud oleh agama-agama samawi.

Persoalan ini memberikan gambar wujud dalang di balik tabir
walahualam

LUTSINAR
http://www.pelbagai.com/cerita/bahaya-kartun-pokemon/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© KakAnnie Blog All Rights Reserved