Sahabat yang nama sebenarnya Abu Jabir Abdullah bin Amr bin Huram bin Sa'labah bin Kaab bin Ghanam bin Salamah Al - Ansari ini membuktikan betapa rapatnya hubungannya dengan Rasulullah SAW.
Bersabda Rasulullah SAW, "Mengapa engkau mesti
menangis? sedangkan para Melaikat melindunginya dengan sayap-sayap mereka
sehingga sahabat mengangkatnya".
Kemuliaan Abdullah juga jelas kerana mayatnya tidak
reput. Anaknya Jabir menceritakan hal ini berkata, "Mayat bapaku telah di
keluarkan orang daripada kuburnya iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah. Aku
datang melihatnya dan aku dapati keadaan mayat sama saja dengan keadaan waktu
dia aku tinggalkan dahulu, tidak berubah suatu apapun".
Dalam suatu riwayat lain oleh Ibnu Saad dan Abu Naim,
Jabir telah berkata,
"Kami telah di kehendaki memberikan pertolongan
untuk memindahkan mayat-mayat keluarga kami yang terkorban dalam perang Uhud.
Masa itu adalah zaman Muawiyah meminta aliran air.
Kamipun datanglah memberikan pertolongan. Kami keluarkan
mayat-mayat dalam keadaan yang lembab, sama seperti keadaan 40 tahun dahulu.
Kaki Hamzah telah terkena cangkul lalu memancut darah".
Mereka berbuat sesuatu hanya kerana Allah semata-semata,
bukan mengejar pangkat dan darjat. Apalah ertinya kita berjuang untuk bangsa
dan agama, tetapi sebenarnya kita mengejar pangkat dan darjat di mata manusia
tanpa memperhitungkan balasan yang lebih utama dari Allah SWT di akhirat kelak.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment