|
|
OLeh Resipi4U Resepi Ikan Bakar (Grilled Fish Recipe (Malaysian Style)- click here for English) Bahan-bahan: Ekor ikan kembong — siang dan bersihkan Cicah: 2 cili merah – hiris nipis 2 cili hijau/ cili api - hiris nipis 3 bawang merah - hiris nipis Belacan sebesar ibu jari — bakar dan hancurkan Garam dan gula secukup rasa Cara Penyediaan: Bakar ikan atas bara arang sehingga masak kedua-dua belah. Sediakan cicah. Campurkan kesemua bahan cicah dan kacau hingga rata. Rasa masin dan manis ikut citarasa. Hidangkan bersama nasi atau begitu sahaja. Selamat mencuba. Sumber klik |
Home > Archives for 2013-05-19
Jom Acu Cube Try Test:Resepi Ikan Bakar
Posted by Unknown on Saturday, 25 May 2013
Kuasa Allah, bayi ini dilahirkan tanpa darah
Posted by Unknown on Friday, 24 May 2013
Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.
Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.
Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.
Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.
Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.
“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.
“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.
“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.
Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.
Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.
Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.
Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.
Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.
Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.
Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.
Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.
- sumber dari mynewshub.my
|
SERONOKNYEEE!!!Nafsu seks wanita pertengahan usia lebih kuat?
Posted by Unknown
| |||||
Jom Acu Cube Try Test: Resipi Chicken Chop
Posted by Unknown
|
|
Oleh Fajridil Resipi Chicken ChopUntuk hidangan 2 Orang : Bahan-Bahannya : 2 peha ayam (buang tulang @ debone) 1 biji telur Sedikit lada sulah (black pepper) 10 keping biskut tawar (dikisar @ pecah-pecahkan) sedikit Lea & Perrin atau tepung (untuk disapu pada ayam) Cara memasak ayam : 1. gaul perap ayam yang telah di debone tadi dengan serbuk lada, sedikit garam dan lea & perrin @ tepung. 2. ketuk-ketuk (chop) sikit ayam tadi agar perasanya meresap dan daging menjadi sekata 2. pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit. 3. celupkan ayam tadi ke dalam telur. 4. kemudian salutkan ayam dengan biskut yang telah dipecah-pecahkan tadi hingga sekata. 5. panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana agar ayam tersebut masak dengan sekata. bila dah kekuningan warna Chicken Chop tu angkat dan ketepikan dahulu. Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce) Bahan-bahannya : 1 botol sos lada hitam 2 sudu tepung jagung 1 tin cendawan butang (tak pakai pun tak apa) 1/2 biji bawang besar (potong dadu) 2 ulas bawang putih (potong dadu) sedikit minyak masak untuk tumis Sedikit garam dan gula secukup rasa Cara membuat sos : 1. tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau. 2. masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam kuali. 3. masukkan air, lebih kurang 2 gelas. 4. cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. 5. masukkan cendawan ke dalam kuali dan didihkan. 6. bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Segera, kacaukan semua bahan dalam kuali tadi hingga jadi pekat macam sos. 7. garam dan gula secukup rasa. 8. hidangkan. Aku cakap kat isteri aku, "nanti tengok abang masak ya. jadi pasni kalau nak makan Chicken Chop lagi, bolehlah abang order je." hehe.. bagus tak idea aku.. :) Sumber : klik ..... Resepi Chicken Chop Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (diambil peha dan dada) 1 biji telur 1 biji tomato 1 helai daun salad Sedikit daun pasli Sedikit lada sulah 20 gm potato chip (digoreng) 20 keping biskut tawar (dikisar halus Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos: 1 biji lada buah 1 biji bawang besar 2 sudu besar sos cili � batang lobak merah 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos lea & perrin 2 ulas bawang putih (dicincang halus) Cara: Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan. Sumber : Klik |
Perhatian Kaum Hawa: Tudung antara aurat dan fesyen
Posted by Unknown
SEBAGAI orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai ‘fesyen’ dapat dilihat.
Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab: 59)
Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara.
Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja. Mereka juga harus memastikan ia benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:
- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.
- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.
- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.
- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.
- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.
- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.
Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.
Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185)
Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.
Oleh itu, sekadar bertudung semata-mata kerana kehendak semasa bukan kerana kesedaran atas tanggungjawab sebagai seorang muslimah, masih belum mencukupi.
Kita tidak berhasrat mempertikaikan niat seseorang wanita yang memakai tudung tetapi sekadar ingin mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab untuk menjadi muslimah sejati adalah satu perkara yang wajib dan amanah yang perlu dilaksanakan.
Bertudung tetapi melakukan banyak perkara yang dilarang Allah sudah pasti tidak bermakna.
Cubalah lihat sekeliling kita bagaimana sesetengah mereka yang berpakaian sedemikian tetapi tidak mencerminkan keperibadian muslimah sebenar.
Lintang pukang
Oleh itu apabila seseorang wanita Islam membuat keputusan memakai tudung atau berjilbab ia harus memastikan ia bukanlah sekadar satu hiasan lahiriah semata-mata.
Ia hakikatnya satu langkah ke arah untuk mewujudkan jati diri sebenarnya mereka sebagai muslimah. Janganlah sekadar memakai jilbab kalau solat dan ibadat lain masih ‘lintang pukang’.
Malahan mereka juga perlu membuang sifat-sifat tidak elok seperti meninggikan suara, mengumpat, mencampuri urusan peribadi orang lain dan suka melakukan perkara-perkara maksiat.
Inilah keadaan yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Kita melihat ramai wanita Islam yang berjilbab tetapi sejauh manakah mereka memikirkan bahawa bertudung itu tidak semestinya menutup aurat.
Maksudnya, kepala sahaja bertudung tetapi mereka masih melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam sama ada dari segi perbuatan dan tata cara berpakaian.
Allah menetapkan peraturan dalam soal menutup aurat dan mereka yang terlibat tidak harus mengatakan bahawa adalah hak mereka untuk menentukan haluan kehidupan mereka.
Kenyataan seumpama ini bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al-Ahzab: 36)
Justeru selagi masa masih ada dan di saat Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk membentuk diri menjadi muslimah sejati maka rebutlah kesempatan yang suntuk ini.
Janganlah menganggap bahawa masa sentiasa ada untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Ingatlah kematian yang menjemput manusia tidak mengira umur, masa dan ketika.
tq- UM
Ular Tumpang Solat
Posted by Unknown on Monday, 20 May 2013
“Saya hanya berserah kepada ALLAH agar tidak dipatuk ular tersebut dan dapat menyempurnakan solat saya secepat mungkin.” Itu reaksi seorang petani, Md Yassin Saari, 53, yang dikunjungi ‘makmum’ tidak diundang ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya di Parit Simpang Lima, di sini semalam.
Menurutnya, sewaktu kejadian jam 9.15 malam, dia sedang menunaikan solat Isyak secara bersendirian di ruang tamu rumahnya sebelum menyedari kehadiran ular di sebelahnya. “Ketika itu, saya sedang duduk tahiyat akhir dan secara tiba-tiba saya menyedari kehadiran ular yang tidak diketahui spesies berada di sebelah kiri saya.
Masukkan Ads 336x280 Disini
“Saya yang ketakutan segera menyempurnakan solat secara tergesa-gesa kerana bimbang ular itu memasuki kain saya,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, semalam. Md Yasin berkata, setelah selesai mengerjakan solat, dia bersama beberapa orang anaknya berusaha menghalau ular itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.
“Saya tidak tergerak hati untuk membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadiran ‘makmum’ tidak diundang itu ketika menunaikan solat. “Lebih menghairankan, di sebalik tindakan saya tergesa-gesa untuk menyempurnakan solat, haiwan terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah memerhatikan sahaja pergerakan saya sewaktu solat.
“Setelah berjaya ‘memujuk’ ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan untuk melepaskannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya.