Oleh peribadirasulullah Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :- 1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. 2. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. 3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. 4. Enggan berpinda 5.(berhijrah) bersama suaminya. 6. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. 7. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. pergi. Minta talak. 8. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. 9. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan. 10. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. 11. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. 24. Wajib bagi wanita :- a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. pergi. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. dan. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya. Semoga bermanfaat..In sya Allah. sumber:klik |
Home > Archives for 2013-07-07
11 Perkara penyebab kita menjadi penderhaka suami
Posted by Unknown on Wednesday, 10 July 2013
EHH,Apa NIiiiiiii_Sakit dan Ramadan
Posted by Unknown on Tuesday, 9 July 2013
Sakit dan Ramadan | |
Oleh WUM Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, selaku pesakit, golongan ini haruslah bijak menimbang tara antara kewajipan berpuasa dan kewajipan menjaga kesihatan. Jelasnya, bagi membantu pesakit membuat keputusan, satu langkah yang boleh diambil adalah mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum bermulanya bulan Ramadan. Menurut Dr. Raja Affendi, gastrik dan ulser perut adalah dua penyakit yang berbeza. Gastrik atau istilah perubatannya bermaksud perut dan gastritis merupakan keradangan pada dinding perut manakala ulser pula adalah luka akibat hakisan asid perut. "Kedua-duanya boleh terjadi akibat jangkitan bakteria helicobacter pylori yang memerlukan penggunaan ubat penahan sakit tertentu (seperti ibuprofen, naproxen, aspirin dan lain-lain), pengambilan steroid yang berlebihan serta merokok. "Lazimnya, kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan perasaan sebu (dyspepsia) di hulu hati. "Individu berkenaan boleh didiagnos melalui endoskopi serta pengesanan jangkitan helicobacter pylori menggunakan sampel biopsi yang diambil pada dinding perut," kata Dr. Raja Affendi. Pengesanan jangkitan helicobacter pylori kata Dr. Raja Affendi, boleh juga dibuat melalui ujian darah, najis dan perhembusan nafas (urea breath test). sumber:klik |