|
|
Oleh PingJe 1. Bulu keningMenurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu locengDan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah 3. Wangian Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 4. Dada Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 6. Muka dan leher Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 7. Muka dan Tangan Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 8. Tangan Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 9. Mata Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 10. Mulut (suara) Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 11. Kemaluan Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. 12. Pakaian Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 13. Rambut Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Sumber |
Home > Archives for 2013-06-16
13 Perkara Wanita Perlu Tahu Untuk Jadi Muslimah Sejati
Posted by Unknown on Thursday, 20 June 2013
Beza air mazi , air mani dan air wadi untuk wanita
Posted by Unknown on Wednesday, 19 June 2013
Oleh wmn Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci. Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib. Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan). Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja. Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah. Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal. |
7 Perkara Menarik Tentang Kolesterol
Posted by Unknown on Tuesday, 18 June 2013
|
|
Oleh DechaCare
|
Resepi Puding Roti Pisang Ceria (Kukus)
Posted by Unknown on Monday, 17 June 2013
|
|
Oleh Ceria-resipi Kali ni resepi pakai balun je. Untuk minum petang sebab boring tak tahu nak masak apa, so kita buat yang nampak pelik sikit la. Tengok kat dapur, ada la bahan ni. Jadi timbul idea nak buat puding roti untuk makan petang ni. Bahan-bahan ~ 8 biji pisang emas (pisang apa pun boleh) ~ 5 sudu breadcrumbs (guna 5 keping roti kering yang dihancurkan pun boleh)
~ 1 cawan susu segar (susu sejat pun boleh)
~ 2 biji telur ayam
~ 1 sudu gula
~ garam secubit
~ 2 sudu tepung gandum
Bahan sampingan
- pengukus
- 2 biji loyang bersalut minyak
Cara-cara:
1. Sediakan bahan.
Potong pisang halus-halus. Standby didihkan air dalam pengukus.
2. Masukkan barang
untuk dikisar iaitu telur, breadcrumbs, pisang, gula, garam dan susu
segar
3. Tuangkan bahan
dikisar dalam mangkuk. Masukkan dua sudu tepung gandum dan gaul sebati
4. Sapukan loyang
dengan minyak/mentega. Tuang adunan ke dalam loyang. Kita guna dua loyang
kecil
5. Tutup loyang
dengan plastic wrap atau aluminium foil. Masukkan dalam pengukus yang sudah siap
mendidih airnya
6. Kukus selama 20
minit. Bila dah masak, sejukkan dulu loyang
7. Telangkup adunan
dalam pinggan. Sejukkan dalam peti ais atau terus makan
8. Ini tekstur
dalamannya (klik untuk zoom). Boleh dimakan panas atau sejuk.
SELAMAT
MENCUBA
|
Mayat Yang Masih Berdarah | Kisah Nyata Yang Benar
Posted by Unknown on Sunday, 16 June 2013
BY QUE ACHMAD
Sahabat yang nama sebenarnya Abu Jabir Abdullah bin Amr bin Huram bin Sa'labah bin Kaab bin Ghanam bin Salamah Al - Ansari ini membuktikan betapa rapatnya hubungannya dengan Rasulullah SAW.
Jenazah para Syuhada itu terpelihara sepanjang zaman yang
sekaligus membuktikan taraf kewalian mereka sebagaimana halnya dengan Abdullah
bin Amr bin Hurman ini. Kewalian mereka memang tidak dapat di nafikan.
Sahabat yang nama sebenarnya Abu Jabir Abdullah bin Amr bin Huram bin Sa'labah bin Kaab bin Ghanam bin Salamah Al - Ansari ini membuktikan betapa rapatnya hubungannya dengan Rasulullah SAW.
Bersabda Rasulullah SAW, "Mengapa engkau mesti
menangis? sedangkan para Melaikat melindunginya dengan sayap-sayap mereka
sehingga sahabat mengangkatnya".
Kemuliaan Abdullah juga jelas kerana mayatnya tidak
reput. Anaknya Jabir menceritakan hal ini berkata, "Mayat bapaku telah di
keluarkan orang daripada kuburnya iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah. Aku
datang melihatnya dan aku dapati keadaan mayat sama saja dengan keadaan waktu
dia aku tinggalkan dahulu, tidak berubah suatu apapun".
Dalam suatu riwayat lain oleh Ibnu Saad dan Abu Naim,
Jabir telah berkata,
"Kami telah di kehendaki memberikan pertolongan
untuk memindahkan mayat-mayat keluarga kami yang terkorban dalam perang Uhud.
Masa itu adalah zaman Muawiyah meminta aliran air.
Kamipun datanglah memberikan pertolongan. Kami keluarkan
mayat-mayat dalam keadaan yang lembab, sama seperti keadaan 40 tahun dahulu.
Kaki Hamzah telah terkena cangkul lalu memancut darah".
Mereka berbuat sesuatu hanya kerana Allah semata-semata,
bukan mengejar pangkat dan darjat. Apalah ertinya kita berjuang untuk bangsa
dan agama, tetapi sebenarnya kita mengejar pangkat dan darjat di mata manusia
tanpa memperhitungkan balasan yang lebih utama dari Allah SWT di akhirat kelak.