Showing posts with label Berita Hangat. Show all posts
Showing posts with label Berita Hangat. Show all posts

-Al Fatihah l PRIMADONA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia malam ini 17-12-2013

on Tuesday, 17 December 2013

  • Azean Irdawaty
                     
PRIMADONA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor malam ini.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

'Cikgu, jangan marah saya'

on Monday, 29 July 2013

'Cikgu, jangan marah saya'
Siti Nooraini mencuba baju barunya. Kelihatan gurunya, Haidatul Azila Johar (kiri) yang sentiasa bersamanya sepanjang program membawa anak yatim dan kurang berkemampuan membeli pakaian baru sempena Aidilfitri di pasaraya Mydin Mall, Kuala Terengganu.
                    
KUALA TERENGGANU – “Cikgu, jangan marah saya, nama saya Noraini..kaki saya macam ni..” kata Siti Nooraini Abdullah, 5, sambil menunjukkan kedua-dua belah kakinya yang cacat itu apabila dimarahi gurunya jika tidak menyiapkan kerja sekolah.

Menurut gurunya, Haidatul Azila Johar, Siti Nooraini, tidak pernah kering gusi bercerita apabila diajukan soalan, dia antara kanak-kanak yang ceria di dalam kelas dan amat cerdas, walaupun dirinya dilahirkan serba kekurangan.

Kaki kirinya mengerekot, sebelah lagi mereput dan kudung sejak lahir manakala, lima jari tangan kanannya turut kudung sejak kecil.

“Walaupun tidak boleh berjalan, dia tak susahkanguru apabila hendak ke tandas, dia pandai urus diri sendiri, termasuk apabila buang air.

“Alhamdulillah, Nooraini budak pintar dan kita harap dia akan terus membesar dengan baik sehingga mencecah alam remaja dan dewasa nanti,” katanya ketika ditemui di Mydin Mall pada program membawa anak-anak yatim
dan kurang berkemampuan membeli persiapan Hari raya Aidilfitri.

Program itu dianjurkan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Nooraini juga tidak putus-putus menceritakan mengenai baju rayanya itu dan memilih warna hitam sebagai warna yang diminatinya.

Dia kelihatan cukup teruja apabila dibawa bersama 38 kanak-kanak lain dari Pra Sekolah Pendidikan Khas, Pendidikan Khas dan Sekolah Kebangsaan Sultan Omar membeli belah di Mydin Mall.

“Memandangkan keluarganya juga kurang berkemampuan, kadang-kadang apabila balik sekolah, saya sengaja bawa dia balik ke rumah memandangkan saya juga ada anak sebaya Siti Nooraini, tetapi hari Khamis dan Jumaat
saya biarkan dia pulang ke rumah neneknya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaannya yang tidak seperti kanak-kanak lain dan terdapat kanak-kanak nakal sebayanya yang mengganggu dan mengejek dirinya, Nooraini yang kelihatan masih belum mengerti mengenai apa yang
dialaminya itu hanya mengangguk dan mengiakan sahaja.

“Fadhil, Haikal, Muiz..semua kawan baik Nooraini. Ada juga yang ejek, tetapi ramai kawan layan Nooraini dengan baik.

“Nooraini tinggal dengan tok dan Ummi, Ummi baik..,” katanya.

sinar harian

Tergamakkah? Anak Buang Ibu Bapa

on Thursday, 30 May 2013



Oleh  Dr Zainur Rashid Zainuddin

Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau.

Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam.


Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya!
Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?
Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti.....!
Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia.


Sesungguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud hadith Rasulullah saw ini sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dan berkasih-sayang dengan ibu bapa.
"Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami." (Hadis riwayat Tabrani).
Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ingatlah saudaraku,
Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu.....!
Artikel iluvislam.com

Ustaz Azhar Idrus (UAI) Kahwin seorang lagi... Selamat pengantin baru dan Tahniah diucapkan..

on Wednesday, 29 May 2013




Ni tak ada kena mengena dengan politik.. tapi kalau korang nak politikkan pun ikut suka korangla..

Kira-kira dua jam yang lalu Admin PemudaGombak.Com telah melaporkan bahawa penceramah popular tanah air Ustaz Azhar Idrus (UAI)telah selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tuan Haji Omar bin Tahar, Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak.

Rentetan itu Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengucapkan Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus serta mengucapkan Selamat datang ke Gombak buat Ustaz Azhar.

"Mudah-mudahan kedatangan UAI ke Gombak dapat menyebarluaskan lagi dakwah Islamiyah di bumi bertuah Gombak."

"Selamat datang ke Gombak dan menyertai kami di Gombak! Kami bertuah menerima ahli baru"..

Yang menarik pada majlis perkahwinanan Ustaz Azhar Idrus pada kali ini ialah semua madu madu sama meraikan majlis itu.

Berikut adalah beberapa keping gambar dari majlis perkahwinan itu..

sumber

Ular Tumpang Solat

on Monday, 20 May 2013

“Saya hanya berserah kepada ALLAH agar tidak dipatuk ular tersebut dan dapat menyempurnakan solat saya secepat mungkin.” Itu reaksi seorang petani, Md Yassin Saari, 53, yang dikunjungi ‘makmum’ tidak diundang ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya di Parit Simpang Lima, di sini semalam.


Menurutnya, sewaktu kejadian jam 9.15 malam, dia sedang menunaikan solat Isyak secara bersendirian di ruang tamu rumahnya sebelum menyedari kehadiran ular di sebelahnya. “Ketika itu, saya sedang duduk tahiyat akhir dan secara tiba-tiba saya menyedari kehadiran ular yang tidak diketahui spesies berada di sebelah kiri saya.

Masukkan Ads 336x280 Disini

“Saya yang ketakutan segera menyempurnakan solat secara tergesa-gesa kerana bimbang ular itu memasuki kain saya,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, semalam. Md Yasin berkata, setelah selesai mengerjakan solat, dia bersama beberapa orang anaknya berusaha menghalau ular itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.
“Saya tidak tergerak hati untuk membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadiran ‘makmum’ tidak diundang itu ketika menunaikan solat. “Lebih menghairankan, di sebalik tindakan saya tergesa-gesa untuk menyempurnakan solat, haiwan terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah memerhatikan sahaja pergerakan saya sewaktu solat.

“Setelah berjaya ‘memujuk’ ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan untuk melepaskannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© KakAnnie Blog All Rights Reserved