Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Resepi Puding Roti Pisang Ceria (Kukus)

on Monday, 17 June 2013


Oleh Ceria-resipi


Kali ni resepi pakai balun je. Untuk minum petang sebab boring tak tahu nak masak apa, so kita buat yang nampak pelik sikit la. Tengok kat dapur, ada la bahan ni. Jadi timbul idea nak buat puding roti untuk makan petang ni.
Bahan-bahan
~ 8 biji pisang emas (pisang apa pun boleh)
~ 5 sudu breadcrumbs (guna 5 keping roti kering yang dihancurkan pun boleh)
~ 1 cawan susu segar (susu sejat pun boleh)
~ 2 biji telur ayam
~ 1 sudu gula
~ garam secubit
~ 2 sudu tepung gandum


Bahan sampingan
- pengukus
- 2 biji loyang bersalut minyak

Cara-cara:
1. Sediakan bahan. Potong pisang halus-halus. Standby didihkan air dalam pengukus.

2. Masukkan barang untuk dikisar iaitu telur, breadcrumbs, pisang, gula, garam dan susu segar

3. Tuangkan bahan dikisar dalam mangkuk. Masukkan dua sudu tepung gandum dan gaul sebati

4. Sapukan loyang dengan minyak/mentega. Tuang adunan ke dalam loyang. Kita guna dua loyang kecil

5. Tutup loyang dengan plastic wrap atau aluminium foil. Masukkan dalam pengukus yang sudah siap mendidih airnya

6. Kukus selama 20 minit. Bila dah masak, sejukkan dulu loyang

7. Telangkup adunan dalam pinggan. Sejukkan dalam peti ais atau terus makan

8. Ini tekstur dalamannya (klik untuk zoom). Boleh dimakan panas atau sejuk.
SELAMAT MENCUBA

Jom Acu Cube Try Test: Daging Bakar Black Pepper

on Friday, 31 May 2013




Oleh Anjung Web



Ini merupakan satu cara mudah memasak daging tanpa memerlukan kemahiran untuk memasak.Bahan-bahan:
300 gram daging lembu (batang pinang)
2 sudu lada hitam (ditumbuk)
Sedikit garam
Minyak zaitun


Cara Memasak:
Lumurkan daging dengan lada hitam dan minyak zaitun pada keseluruhan luaran daging tadi.
Taburkan garam sebagai perisa.
Panaskan kuali tanpa minyak. Seeloknya menggunakan kuali leper.
Masukkan daging kedalam kuali dan goreng keseluruhan permukaan daging untuk sekitar 1 minit.
Selepas itu, angkat daging tadi dan masukkan ke dalam ketuhar panas (sekitar 230 darjah celcius).
Masak untuk 40 minit atau sehingga daging tadi benar-benar masak.
Setelah masak, keluarkan daging tadi dan biarkan sekejap untuk sekitar 3 minit.
Hiris daging nipis dan boleh dihidang bersama roti atau kentang.
Selamat mencuba.

Jom Acu Cube Try Test:Resepi Ikan Bakar

on Saturday, 25 May 2013


 

OLeh Resipi4U

Resepi Ikan Bakar
(Grilled Fish Recipe (Malaysian Style)- click here for English)

Bahan-bahan:

Ekor ikan kembong — siang dan bersihkan

Cicah:
2 cili merah – hiris nipis
2 cili hijau/ cili api - hiris nipis
3 bawang merah - hiris nipis
Belacan sebesar ibu jari — bakar dan hancurkan
Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:

Bakar ikan atas bara arang sehingga masak kedua-dua belah.
Sediakan cicah. Campurkan kesemua bahan cicah dan kacau hingga rata. Rasa masin dan manis ikut citarasa.

Hidangkan bersama nasi atau begitu sahaja.

Selamat mencuba.

Sumber klik

Jom Acu Cube Try Test: Resipi Chicken Chop

on Friday, 24 May 2013






Oleh Fajridil
Resipi Chicken ChopUntuk hidangan 2 Orang :

Bahan-Bahannya :

2 peha ayam (buang tulang @ debone)
1 biji telur
Sedikit lada sulah (black pepper)
10 keping biskut tawar (dikisar @ pecah-pecahkan)
sedikit Lea & Perrin atau tepung (untuk disapu pada ayam)

Cara memasak ayam :

1. gaul perap ayam yang telah di debone tadi dengan serbuk lada, sedikit garam dan lea & perrin @ tepung.
2. ketuk-ketuk (chop) sikit ayam tadi agar perasanya meresap dan daging menjadi sekata
2. pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit.
3. celupkan ayam tadi ke dalam telur.
4. kemudian salutkan ayam dengan biskut yang telah dipecah-pecahkan tadi hingga sekata.
5. panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana agar ayam tersebut masak dengan sekata. bila dah kekuningan warna Chicken Chop tu angkat dan ketepikan dahulu.


Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)

Bahan-bahannya :

1 botol sos lada hitam
2 sudu tepung jagung
1 tin cendawan butang (tak pakai pun tak apa)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
sedikit minyak masak untuk tumis
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos :

1. tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam kuali.
3. masukkan air, lebih kurang 2 gelas.
4. cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya.
5. masukkan cendawan ke dalam kuali dan didihkan.
6. bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Segera, kacaukan semua bahan dalam kuali tadi hingga jadi pekat macam sos.
7. garam dan gula secukup rasa.
8. hidangkan.


Aku cakap kat isteri aku, "nanti tengok abang masak ya. jadi pasni kalau nak makan Chicken Chop lagi, bolehlah abang order je." hehe.. bagus tak idea aku.. :)

Sumber : klik

.....

Resepi Chicken Chop Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
� batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.

Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Sumber : Klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© KakAnnie Blog All Rights Reserved