Home
>
wanita
>
SERONOKNYEEE!!!Nafsu seks wanita pertengahan usia lebih kuat?
SERONOKNYEEE!!!Nafsu seks wanita pertengahan usia lebih kuat?
|
|
|
|
DALLAS Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS)
mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun,
lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli
akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada
peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.
Pada
usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang
mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan
keinginan seks mereka meningkat.
Kajian berbentuk kaji selidik itu
melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu
responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka
yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan
golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.
Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya
memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubunganseks
berbanding wanita subur, kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David
Buss.
Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks
berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit
terutamanya dengan lelaki lebih muda.
Saya kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar
berseronok (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa
disedari mereka atau mereka sedar mengenainya, kata seorang pakar seks, Dr. Pam
Spurr. Agensi
kredit : kosmo.com.my |
|
|
|
Ranking: 5
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment