"GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah pisau yang tertusuk di bawah mata
Ren Hanzhi." BEIJING - Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam. Pisau itu tertusuk di bawah mata Hanzhi semasa dia mengupas sebiji buah epal di Zhumadian, tengah China di wilayah Henan, China baru-baru ini. Selepas ditusuk, darah mengalir menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital. Ketua doktor bedah, Peng Liwei kemudian berjaya menarik semula pisau sepanjang 20 sentimeter itu. Budak berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan selepas dia dibedah. - Agensi |
Showing posts with label ajaib dan pelik. Show all posts

Home > Posts filed under ajaib dan pelik
NGERI-Pisau tertusuk di bawah mata
Posted by Unknown on Saturday, 7 September 2013
Jantung Manusia dan Sakit berkaitan Jantung
Posted by Unknown on Monday, 5 August 2013
Jantung manusia bentuknya seperti buah pear dalam ukuran genggaman tangan, beratnya antara 225 gram hingga 340 gram
Ia berdenyut lebih kurang 70 kali dalam 1 minit, bermakna dalam 1 jam ia akan berdenyut 4,200 kali, dlam 1 hari 100,800 kali dan dalam 1 tahun akan berdenyut 36,792,000 kali
Jika umur manusia 60 tahun bermakna jantung yang " Ajaib " ini akan berdenyut 20,207,000,00 kali tanpa berhenti.
Jantung manusia akan megepam 22,00 gelen darah setiap hari, bermakna ia akan mengepam 8,030,000 gelen dalan setahun, dan 481,800,000 gelen dalam pertengahan umur 60 tahun iaitu menyamai 345,000 tan.
Apakah ada alat pengepam lain yang mampu melakukan pekerjaan berat seperti ini dalam jangka masa yang lama tanpa pernah berhenti atau perlu kepada perbaikan...
JIKA anda telah mengikuti siri berkenaan tentang penjagaan jantung dan diabetes ini, maka anda sudah ten Dalam perbualan bersama rakan-rakan anda, pernyataan “Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia” selalunya akan diikuti dengan “Diabetes merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung.”
Dan, kini setelah anda berjaya menarik perhatian mereka, anda boleh menutup perbincangan dengan, “Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu menghidap diabetes untuk menjadi mangsa kepada serangan jantung atau strok?”
Pernyataan-pernyataan ini adalah benar dan di dalam bahagian terakhir daripada enam bahagian bersiri ini, kita akan mengkaji ketiga-tiganya dengan lebih mendalam lagi.
Apakah itu penyakit jantung? Bagaimana untuk mengekalkan jantung yang sihat tidak kira sama ada kita menghidap diabetes ataupun tidak? Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui sama ada jantung kita bermasalah?
*Penyakit jantung
Penyakit jantung merupakan satu keadaan yang menjejaskan otot-otot jantung (miokardium) dan saluran-saluran darah dalam jantung (arteri koronari). Punca penyakit jantung yang paling lazim adalah penyempitan arteri koronari iaitu satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis.
Aterosklerosis bermula apabila lapisan bahagian dalam arteri koronari telah rosak atau cedera akibat bermacam- macam faktor termasuk merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sesetengah penyakit seperti diabetes.
Kolesterol dan bahan-bahan lain akan berkumpul dalam dinding arteri untuk membentuk plak. Semakin lama, semakin banyak plak yang akan terbentuk. Akhirnya, plak ini akan menyempitkan ruang dalam arteri, menghalang bekalan darah serta mungkin akan pecah untuk membentuk darah beku.
Jika darah beku menghalang pengaliran darah ke jantung anda, maka anda akan mendapat serangan jantung; jika ia menghalang pengaliran darah ke otak anda, maka anda akan mendapat strok.
Kehadiran plak sahaja, walaupun jika ia tidak pecah, masih boleh membahayakan. Plak akan menyempitkan saluran darah dengan teruk hingga anda akan mempunyai simptom-simptom penyakit koronari jantung (CAD) seperti angina (sakit dada).
Jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin akan mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif (kegagalan jantung).
Adakah ini akan berlaku kepada saya?
Risiko untuk anda menghidap penyakit jantung adalah tinggi terutama sekali jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung atau anda sudah berusia lanjut.
Jantina turut merupakan faktor: lazimnya, kaum lelaki akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung manakala risiko bagi wanita pula akan meningkat tinggi selepas menopaus. Malangnya, anda tidak boleh mengubah faktor-faktor risiko ini.
Di sini terdapat beberapa faktor risiko yang masih boleh anda ubah: merokok, gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat makan yang tidak sihat, tekanan dan berat badan yang berlebihan atau obes.
Kesemua faktor ini akan mengkucar-kacirkan glukosa darah, tekanan darah serta kolesterol darah anda di mana ia akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
Seperti yang telah disebutkan tadi, diabetes merupakan faktor risiko yang utama. Mereka yang menghidap diabetes adalah dua hingga empat kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung ataupun strok, berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.
Dua daripada tiga orang yang menghidap diabetes akan meninggal dunia akibat penyakit jantung atau strok dan mereka mempunyai kemungkinan yang lebih untuk meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.
Jika anda mempunyai sebarang daripada faktor-faktor risiko ini, maka anda dinasihatkan agar segera mendapatkan nasihat doktor. Anda perlu sedar bahawa masalah jantung memerlukan perhatian perubatan yang segera.
Jangan tunggu sehingga berlakunya serangan jantung atau strok. Pengesanan serta rawatan awal akan dapat menyelamatkan nyawa anda.
*Tanda-tanda serangan jantung
Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.
Sesetengahnya bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Majoriti akan mengalami simptom- simptom. Berikut adalah simptom-simptom yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:
* Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula.
* Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.
* Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.
* Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.
*Gejala dan tanda amaran serangan jantung
Satu daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) - iaitu satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.
TIA adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan kekal yang ketara.
TIA menandakan satu serangan strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:
* Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan
* Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap
* Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba
* Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
* Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
* Masalah ingatan atau kekeliruan
*Tujuh tip jantung sihat
1- Apakah sejarah keluarga anda?
Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.
Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.
Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.
2- Di meja makan
Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah- buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.
Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.
3- Serat larut: senjata rahsia anda
Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.
Mereka kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda.
Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda. Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.
Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.
4- Mengawal tekanan darah
Tahukah anda bahawa hanya enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut! Periksa tekanan darah anda sekurang- kurangnya dua kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.
5- Awasi berat badan anda
Lakukan senaman selama sekurang- kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.
6- Berhenti merokok
Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, jika anda merokok, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.
7- Jangan lupa berjumpa doktor!
Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan diabetes.
- Dr. Khoo Kah Lin merupakan Perunding Kardiologi, Yayasan Jantung Malaysia.
MAHA SUCI PENCIPTA YANG MAHA AGUNG..

(Al-Fatihah) Seorang Tok Siak Di Salah satu Surau Di Bangi Meninggal Dunia Ketika Solat.
Posted by Unknown on Friday, 2 August 2013
(Al-Fatihah) Seorang Tok Siak Di Salah satu Surau Di Bangi Meninggal Dunia Ketika Solat.
Sesungguhnya Meninggal Dalam Keadaan Mengadap Allah S.W.T Adalah Yang AmatLah Diharapkan Tambahan Pula pada Bulan Yang Mulia Ini Iaitu Ramadhan.
Sama-sama kita doakan agar rohnya bersama Orang-Orang Beriman Dan Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau. Amin..
Mayat Yang Masih Berdarah | Kisah Nyata Yang Benar
Posted by Unknown on Sunday, 16 June 2013
BY QUE ACHMADSahabat yang nama sebenarnya Abu Jabir Abdullah bin Amr bin Huram bin Sa'labah bin Kaab bin Ghanam bin Salamah Al - Ansari ini membuktikan betapa rapatnya hubungannya dengan Rasulullah SAW.
Bersabda Rasulullah SAW, "Mengapa engkau mesti
menangis? sedangkan para Melaikat melindunginya dengan sayap-sayap mereka
sehingga sahabat mengangkatnya".
Kemuliaan Abdullah juga jelas kerana mayatnya tidak
reput. Anaknya Jabir menceritakan hal ini berkata, "Mayat bapaku telah di
keluarkan orang daripada kuburnya iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah. Aku
datang melihatnya dan aku dapati keadaan mayat sama saja dengan keadaan waktu
dia aku tinggalkan dahulu, tidak berubah suatu apapun".
Dalam suatu riwayat lain oleh Ibnu Saad dan Abu Naim,
Jabir telah berkata,
"Kami telah di kehendaki memberikan pertolongan
untuk memindahkan mayat-mayat keluarga kami yang terkorban dalam perang Uhud.
Masa itu adalah zaman Muawiyah meminta aliran air.
Kamipun datanglah memberikan pertolongan. Kami keluarkan
mayat-mayat dalam keadaan yang lembab, sama seperti keadaan 40 tahun dahulu.
Kaki Hamzah telah terkena cangkul lalu memancut darah".
Mereka berbuat sesuatu hanya kerana Allah semata-semata,
bukan mengejar pangkat dan darjat. Apalah ertinya kita berjuang untuk bangsa
dan agama, tetapi sebenarnya kita mengejar pangkat dan darjat di mata manusia
tanpa memperhitungkan balasan yang lebih utama dari Allah SWT di akhirat kelak.
SYOKNYEEE:Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari !!
Posted by Unknown on Friday, 14 June 2013
Oleh Zulhafidz Yahaya
Saya
tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet
Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung singkat.
Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah
'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib
membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup
bahagian dada mereka.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung.
Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Info Penulis
Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006).
Saya
tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet
Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek.
Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula.
Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu.
Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans
terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam,
malah kadang-kadang alur bontot.
03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat.
Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan,
terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi.
Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi,
khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat
lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung.
Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam
Info Penulis
Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006).
TIDUR: Fakta Sebenar Yang Anda Terlupa
Posted by Unknown
Fakta Sebenar Tentang Tidur
Tidur adalah satu pekerjaan yang sangat sangat sangat penting, tetapi hampir semua orang dewasa tidak dapat tidur yang cukup. Ini disebabkan faktor kerja, tanggungjawab, cuaca, penyakit, persekitaran dan lain-lain lagi. Penelitian menunjukkan bahawa kekurangan masa tidur yang cukup mampu memberi implikasi yang serius. Kurang tidur mampu membuat anda gemuk dan peratusan anda untuk menghidap penyakit strok akan meningkat.
1. Ibu bapa akan kehilangan 6 bulan masa tidur dalam tempoh dua tahun pertama penjagaan anak
2. Gangguan tidur yang paling menarik adalah kebolehan mengakses internet 24 jam
3. Seseorang yang pernah bergelar pelajar akan WAJIB tertidur di dalam kelas
4. Anda mungkin bermimpi anda terjaga dari tidur
Bahaya Kartun Pokemon
Posted by Unknown on Thursday, 13 June 2013
|
|
|
Oleh Lutsinar![]() Isu kartun Pokemon bukanlah satu perkara baru, kumpulan-kumpulan Kristian dan juga kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat melarang permainan Pokemon. Bahkan Arab Saudi merupakan negara pertama yang mengharamkan semua produk Pokemon pada tahun 2001. Tindakan kerajaan Arab Saudi mendapat sokongan daripada ulama-ulama dan kebanyakan universiti di sana. Alasannya kerana wujud unsur perjudian dan dengan ada Bintang David dalam kartun tersebut menguatkan lagi bukti bahawa kartun tersebut adalah propaganda Yahudi dan juga Freemason. Situasi ini bertambah parah dengan adanya versi pek syaitan, yang banyak mengandungi babak-babak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan ensiklopedia awam wikipedia telah membuang banyak animasi Pokemon, atas alasan yang lebih kurang sama dengan kerajaan Arab Saudi Merujuk kepada email yang ada di blog Darul Numan, Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah siryaniiyah) contohnya: • POKEMON – saya yahudi • CHARMANDER – ALLAH itu lemah…(Subhanallah!) • PIKACHU – jadilah seorang yahudi.. Tetapi mereka menafikan nama-nama itu adalah bersandar bahasa Sirvani tetapi ia adalah dalam bahasa Inggeris, katanya; Pocket bermaksud saku disingkatkan menjadi Poke dan Mon adalah singkatan daripada Monster, lalu menjadi Pokemon. Lantaran itu Pokemon bermaksud raksasa-raksasa kecil dapat dimasukkan ke dalam poket atau saku. Untuk nama Pikachu yang merupakan tokoh termasyhur dalam kartun ini, juga terbentuk dari dua patah perkataan : (Pika) dalam bahasa Jepun memberi makna bersinar. Sedangkan kata (Chu) merupakan ungkapan tentang suara-suara yang keluar dari mulut tikus. mengapa dinamakan Pikachu ? Sebabnya ia kelihatan seperti tikus yang bersenjatakan panahan petir. Manakala kata (Charmander) menunjukkan makna : api yang menyala/membakar. Diambil dari kata bahasa Inggeris (Char). Sedangkan kata (Amander) adalah sebuah kata yang memberikan isyarat pada seekor binatang seperti cicak yang mempunyai api menyala. Keterangan ini diterangkan oleh Atase Kebudayaan Jepun di
Yordania : Kuji Taharo, sebagaimana yang ditulis oleh surat khabar Yordania
ar-Ra’yu pada tarikh 4/4/2001.Majalah New York Times pada tarikh 26 Mac 2001 menjelaskan ungkapan wakil produser kartun ini di Tokyo yang identitinya disembunyikan, ia menafikan penggunaan syiar-syiar keagamaan dalam produk-produknya. Dari penafiannya ini, saya ada beberapa persoalan yang menerjah di benak fikiran iaitu, 1. Kenapa tidak namakan sahaja pocketmon, perkataan Pokemon hanya menggugurkan 2 huruf sahaja C dan T. 2. Mon adalah singkatan bagi monster yang bermaksud raksasa, pendapat peribadi saya, raksasa adalah haiwan ganas dan jahat yang besar ataupun sekurang-kurangnya sama besar manusia dan haiwan kecil tidak layak dipanggil raksasa. Dalam cerita kartun tersebut haiwan tersebut lebih kurang sebesar kucing aje yang dapat di kendung. Jinak pulak tu. Ada ke raksasa jinak dan baik? 3. Jika perkataan chu adalah bunyi bagi tikus, saya tidak pernah mendengar tikus berbunyi ‘chu’ tetapi bunyinya ‘chit-chit ‘ kerana itulah dalam bahasa Melayu, anjing menyalak dan tikus berdecit 4. Cuba perhatikan perkataan Poke dan Pika, bukankan ia kelihatan sama, memang ada beberapa bahasa jika ia bersambung dengan lain- lain perkataan ia akan berubah sikit terutama bahasa Arab. Dan tidak mustahil dalam bahasa Siryani ia memberi maksud Yahudi, Pokemon – Saya Yahudi , Pikachu – Jadilah Seorang Yahudi.. 5. Jika digabungkan Char dan armander bukankah ia menjadi Chararmander, bukannya Charmander. Bila saya taip armander dewan eja pro tak ada pulak maksud arahan atau isyarat, tiada maksud apa-apa. Arahan dalam bahasa Inggeris command ataupun order manakala isyarat signal ataupun gesture. 6. Isu ini isu hangat ataupun isu besar dunia yang boleh membuat kerugian jika banyak negara Islam melarang kartun ini, kenapa identiti produser perlu dirahsiakan sepatutnya ia yang menjelaskan perkara ini bukannya wakilnya ataupun orang lain. Berani kerana benar. 7. Jika benar ia tiada kena mengena mana-mana agama kenapa wujud stars of david ataupun ada versi syaitan. Bukankah syaitan ini tidak dapat di lihat tetapi dipercayai wujud oleh agama-agama samawi. Persoalan ini memberikan gambar wujud dalang di balik tabir walahualam LUTSINAR http://www.pelbagai.com/cerita/bahaya-kartun-pokemon/ |
Kuasa Allah, bayi ini dilahirkan tanpa darah
Posted by Unknown on Friday, 24 May 2013
![]()
Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.
Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.
Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.
Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.
Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.
“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.
“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.
“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.
Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.
Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.
Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.
Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.
Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.
Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.
Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.
Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.
- sumber dari mynewshub.my
|
"GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah pisau yang tertusuk di bawah mata
Ren Hanzhi." 
![(Al-Fatihah) Seorang Tok Siak Di Salah satu Surau Di Bangi Meninggal Dunia Ketika Solat.
Sesungguhnya Meninggal Dalam Keadaan Mengadap Allah S.W.T Adalah Yang AmatLah Diharapkan Tambahan Pula pada Bulan Yang Mulia Ini Iaitu Ramadhan.
Sama-sama kita doakan agar rohnya bersama Orang-Orang Beriman Dan Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau. Amin..
~ @[102834176509441:274:Suami Isteri Bahagia]](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s403x403/1094812_577944875581876_1397941457_n.jpg)

Keterangan ini diterangkan oleh Atase Kebudayaan Jepun di
Yordania : Kuji Taharo, sebagaimana yang ditulis oleh surat khabar Yordania
ar-Ra’yu pada tarikh 4/4/2001.