|
|
Oleh Lutsinar Isu kartun Pokemon bukanlah satu perkara baru, kumpulan-kumpulan Kristian dan juga kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat melarang permainan Pokemon. Bahkan Arab Saudi merupakan negara pertama yang mengharamkan semua produk Pokemon pada tahun 2001. Tindakan kerajaan Arab Saudi mendapat sokongan daripada ulama-ulama dan kebanyakan universiti di sana. Alasannya kerana wujud unsur perjudian dan dengan ada Bintang David dalam kartun tersebut menguatkan lagi bukti bahawa kartun tersebut adalah propaganda Yahudi dan juga Freemason. Situasi ini bertambah parah dengan adanya versi pek syaitan, yang banyak mengandungi babak-babak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan ensiklopedia awam wikipedia telah membuang banyak animasi Pokemon, atas alasan yang lebih kurang sama dengan kerajaan Arab Saudi Merujuk kepada email yang ada di blog Darul Numan, Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah siryaniiyah) contohnya: • POKEMON – saya yahudi • CHARMANDER – ALLAH itu lemah…(Subhanallah!) • PIKACHU – jadilah seorang yahudi.. Tetapi mereka menafikan nama-nama itu adalah bersandar bahasa Sirvani tetapi ia adalah dalam bahasa Inggeris, katanya; Pocket bermaksud saku disingkatkan menjadi Poke dan Mon adalah singkatan daripada Monster, lalu menjadi Pokemon. Lantaran itu Pokemon bermaksud raksasa-raksasa kecil dapat dimasukkan ke dalam poket atau saku. Untuk nama Pikachu yang merupakan tokoh termasyhur dalam kartun ini, juga terbentuk dari dua patah perkataan : (Pika) dalam bahasa Jepun memberi makna bersinar. Sedangkan kata (Chu) merupakan ungkapan tentang suara-suara yang keluar dari mulut tikus. mengapa dinamakan Pikachu ? Sebabnya ia kelihatan seperti tikus yang bersenjatakan panahan petir. Manakala kata (Charmander) menunjukkan makna : api yang menyala/membakar. Diambil dari kata bahasa Inggeris (Char). Sedangkan kata (Amander) adalah sebuah kata yang memberikan isyarat pada seekor binatang seperti cicak yang mempunyai api menyala. Keterangan ini diterangkan oleh Atase Kebudayaan Jepun di Yordania : Kuji Taharo, sebagaimana yang ditulis oleh surat khabar Yordania ar-Ra’yu pada tarikh 4/4/2001. Majalah New York Times pada tarikh 26 Mac 2001 menjelaskan ungkapan wakil produser kartun ini di Tokyo yang identitinya disembunyikan, ia menafikan penggunaan syiar-syiar keagamaan dalam produk-produknya. Dari penafiannya ini, saya ada beberapa persoalan yang menerjah di benak fikiran iaitu, 1. Kenapa tidak namakan sahaja pocketmon, perkataan Pokemon hanya menggugurkan 2 huruf sahaja C dan T. 2. Mon adalah singkatan bagi monster yang bermaksud raksasa, pendapat peribadi saya, raksasa adalah haiwan ganas dan jahat yang besar ataupun sekurang-kurangnya sama besar manusia dan haiwan kecil tidak layak dipanggil raksasa. Dalam cerita kartun tersebut haiwan tersebut lebih kurang sebesar kucing aje yang dapat di kendung. Jinak pulak tu. Ada ke raksasa jinak dan baik? 3. Jika perkataan chu adalah bunyi bagi tikus, saya tidak pernah mendengar tikus berbunyi ‘chu’ tetapi bunyinya ‘chit-chit ‘ kerana itulah dalam bahasa Melayu, anjing menyalak dan tikus berdecit 4. Cuba perhatikan perkataan Poke dan Pika, bukankan ia kelihatan sama, memang ada beberapa bahasa jika ia bersambung dengan lain- lain perkataan ia akan berubah sikit terutama bahasa Arab. Dan tidak mustahil dalam bahasa Siryani ia memberi maksud Yahudi, Pokemon – Saya Yahudi , Pikachu – Jadilah Seorang Yahudi.. 5. Jika digabungkan Char dan armander bukankah ia menjadi Chararmander, bukannya Charmander. Bila saya taip armander dewan eja pro tak ada pulak maksud arahan atau isyarat, tiada maksud apa-apa. Arahan dalam bahasa Inggeris command ataupun order manakala isyarat signal ataupun gesture. 6. Isu ini isu hangat ataupun isu besar dunia yang boleh membuat kerugian jika banyak negara Islam melarang kartun ini, kenapa identiti produser perlu dirahsiakan sepatutnya ia yang menjelaskan perkara ini bukannya wakilnya ataupun orang lain. Berani kerana benar. 7. Jika benar ia tiada kena mengena mana-mana agama kenapa wujud stars of david ataupun ada versi syaitan. Bukankah syaitan ini tidak dapat di lihat tetapi dipercayai wujud oleh agama-agama samawi. Persoalan ini memberikan gambar wujud dalang di balik tabir walahualam LUTSINAR http://www.pelbagai.com/cerita/bahaya-kartun-pokemon/ |
Home
>
ajaib dan pelik
> Bahaya Kartun Pokemon
Bahaya Kartun Pokemon
Posted by Unknown on Thursday, 13 June 2013
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment