Oleh Anjung Web Ini merupakan satu cara mudah memasak daging tanpa memerlukan kemahiran untuk memasak.Bahan-bahan: 300 gram daging lembu (batang pinang) 2 sudu lada hitam (ditumbuk) Sedikit garam Minyak zaitun Cara Memasak: Lumurkan daging dengan lada hitam dan minyak zaitun pada keseluruhan luaran daging tadi. Taburkan garam sebagai perisa. Panaskan kuali tanpa minyak. Seeloknya menggunakan kuali leper. Masukkan daging kedalam kuali dan goreng keseluruhan permukaan daging untuk sekitar 1 minit. Selepas itu, angkat daging tadi dan masukkan ke dalam ketuhar panas (sekitar 230 darjah celcius). Masak untuk 40 minit atau sehingga daging tadi benar-benar masak. Setelah masak, keluarkan daging tadi dan biarkan sekejap untuk sekitar 3 minit. Hiris daging nipis dan boleh dihidang bersama roti atau kentang. Selamat mencuba. |
Home > Archives for 2013-05-26
Jom Acu Cube Try Test: Daging Bakar Black Pepper
Posted by Unknown on Friday, 31 May 2013
Tergamakkah? Anak Buang Ibu Bapa
Posted by Unknown on Thursday, 30 May 2013
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau. Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya! Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka? Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya? Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti.....! Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia. "Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami." (Hadis riwayat Tabrani). Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini. "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi) Ingatlah saudaraku, Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu.....! - Artikel iluvislam.com |
Teka Teki yang Nak Kena Bagi Penangan
Posted by Unknown on Wednesday, 29 May 2013
1) binatang ape yg p0wer dlm bab karate.
kuda belang. cuba kira brp black belt dia
ade.
2) pintu apa yg brp rmai org tolak tetap x leh bkak.
pintu yg ade tulis tarik.
3) sy ade 3 kepala, 4 tangan, 5 kaki
pembohong,..
4) apa dia 'jauh dimata dekat d hati'
usus
5) knp lelaki jarang kena penyakit anjing gila
sbb lelaki ni kan 'buaya'
6) ape beza s/u baik dgn s'u kurang baik.
s/u baik.....'selamat pg tuan'
s/u kurang baik...'dh pg ni tuan'
8)ape p'samaan michael jordan ngan michael jacks0n.
7 dua dua x knal korang.
8) tukang ape yg kalau dipanggil menjenguk keatas.
tukang gali kubur.
9) nk mencari skit punye susah, bila dh dpt buang. ape bendanye.
tahi hidung
Ustaz Azhar Idrus (UAI) Kahwin seorang lagi... Selamat pengantin baru dan Tahniah diucapkan..
Posted by Unknown
Ni tak ada kena mengena dengan politik.. tapi kalau korang nak politikkan pun ikut suka korangla..
Kira-kira dua jam yang lalu Admin PemudaGombak.Com telah melaporkan bahawa penceramah popular tanah air Ustaz Azhar Idrus (UAI)telah selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tuan Haji Omar bin Tahar, Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak.
Rentetan itu Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengucapkan Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus serta mengucapkan Selamat datang ke Gombak buat Ustaz Azhar.
"Mudah-mudahan kedatangan UAI ke Gombak dapat menyebarluaskan lagi dakwah Islamiyah di bumi bertuah Gombak."
"Selamat datang ke Gombak dan menyertai kami di Gombak! Kami bertuah menerima ahli baru"..
Yang menarik pada majlis perkahwinanan Ustaz Azhar Idrus pada kali ini ialah semua madu madu sama meraikan majlis itu.
Berikut adalah beberapa keping gambar dari majlis perkahwinan itu..