Jom Acu Cube Try Test: Daging Bakar Black Pepper

on Friday, 31 May 2013




Oleh Anjung Web



Ini merupakan satu cara mudah memasak daging tanpa memerlukan kemahiran untuk memasak.Bahan-bahan:
300 gram daging lembu (batang pinang)
2 sudu lada hitam (ditumbuk)
Sedikit garam
Minyak zaitun


Cara Memasak:
Lumurkan daging dengan lada hitam dan minyak zaitun pada keseluruhan luaran daging tadi.
Taburkan garam sebagai perisa.
Panaskan kuali tanpa minyak. Seeloknya menggunakan kuali leper.
Masukkan daging kedalam kuali dan goreng keseluruhan permukaan daging untuk sekitar 1 minit.
Selepas itu, angkat daging tadi dan masukkan ke dalam ketuhar panas (sekitar 230 darjah celcius).
Masak untuk 40 minit atau sehingga daging tadi benar-benar masak.
Setelah masak, keluarkan daging tadi dan biarkan sekejap untuk sekitar 3 minit.
Hiris daging nipis dan boleh dihidang bersama roti atau kentang.
Selamat mencuba.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© KakAnnie Blog All Rights Reserved