Jantung manusia bentuknya seperti buah pear dalam ukuran genggaman tangan, beratnya antara 225 gram hingga 340 gram
Ia
berdenyut lebih kurang 70 kali dalam 1 minit, bermakna dalam 1 jam ia
akan berdenyut 4,200 kali, dlam 1 hari 100,800 kali dan dalam 1 tahun
akan berdenyut 36,792,000 kali
Jika umur manusia 60 tahun bermakna jantung yang " Ajaib " ini akan berdenyut 20,207,000,00 kali tanpa berhenti.
Jantung
manusia akan megepam 22,00 gelen darah setiap hari, bermakna ia akan
mengepam 8,030,000 gelen dalan setahun, dan 481,800,000 gelen dalam
pertengahan umur 60 tahun iaitu menyamai 345,000 tan.
Apakah ada
alat pengepam lain yang mampu melakukan pekerjaan berat seperti ini
dalam jangka masa yang lama tanpa pernah berhenti atau perlu kepada
perbaikan...
JIKA anda telah mengikuti siri berkenaan
tentang penjagaan jantung dan diabetes ini, maka anda sudah ten Dalam
perbualan bersama rakan-rakan anda, pernyataan “Penyakit jantung
merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia” selalunya akan diikuti
dengan “Diabetes merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung.”
Dan,
kini setelah anda berjaya menarik perhatian mereka, anda boleh menutup
perbincangan dengan, “Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu
menghidap diabetes untuk menjadi mangsa kepada serangan jantung atau
strok?”
Pernyataan-pernyataan ini adalah benar dan di dalam
bahagian terakhir daripada enam bahagian bersiri ini, kita akan mengkaji
ketiga-tiganya dengan lebih mendalam lagi.
Apakah itu penyakit
jantung? Bagaimana untuk mengekalkan jantung yang sihat tidak kira sama
ada kita menghidap diabetes ataupun tidak? Bagaimanakah caranya untuk
kita mengetahui sama ada jantung kita bermasalah?
*Penyakit jantung
Penyakit
jantung merupakan satu keadaan yang menjejaskan otot-otot jantung
(miokardium) dan saluran-saluran darah dalam jantung (arteri koronari).
Punca penyakit jantung yang paling lazim adalah penyempitan arteri
koronari iaitu satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis.
Aterosklerosis
bermula apabila lapisan bahagian dalam arteri koronari telah rosak atau
cedera akibat bermacam- macam faktor termasuk merokok, tekanan darah
tinggi, kolesterol tinggi dan sesetengah penyakit seperti diabetes.
Kolesterol
dan bahan-bahan lain akan berkumpul dalam dinding arteri untuk
membentuk plak. Semakin lama, semakin banyak plak yang akan terbentuk.
Akhirnya, plak ini akan menyempitkan ruang dalam arteri, menghalang
bekalan darah serta mungkin akan pecah untuk membentuk darah beku.
Jika
darah beku menghalang pengaliran darah ke jantung anda, maka anda akan
mendapat serangan jantung; jika ia menghalang pengaliran darah ke otak
anda, maka anda akan mendapat strok.
Kehadiran plak sahaja,
walaupun jika ia tidak pecah, masih boleh membahayakan. Plak akan
menyempitkan saluran darah dengan teruk hingga anda akan mempunyai
simptom-simptom penyakit koronari jantung (CAD) seperti angina (sakit
dada).
Jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin akan
mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif (kegagalan
jantung).
Adakah ini akan berlaku kepada saya?
Risiko
untuk anda menghidap penyakit jantung adalah tinggi terutama sekali jika
anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung atau
anda sudah berusia lanjut.
Jantina turut merupakan faktor:
lazimnya, kaum lelaki akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit
jantung manakala risiko bagi wanita pula akan meningkat tinggi selepas
menopaus. Malangnya, anda tidak boleh mengubah faktor-faktor risiko ini.
Di
sini terdapat beberapa faktor risiko yang masih boleh anda ubah:
merokok, gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat makan yang tidak
sihat, tekanan dan berat badan yang berlebihan atau obes.
Kesemua
faktor ini akan mengkucar-kacirkan glukosa darah, tekanan darah serta
kolesterol darah anda di mana ia akan meningkatkan risiko anda untuk
mendapat penyakit jantung.
Seperti yang telah disebutkan tadi,
diabetes merupakan faktor risiko yang utama. Mereka yang menghidap
diabetes adalah dua hingga empat kali lebih cenderung untuk mendapat
penyakit jantung ataupun strok, berbanding mereka yang tidak menghidap
diabetes.
Dua daripada tiga orang yang menghidap diabetes akan
meninggal dunia akibat penyakit jantung atau strok dan mereka mempunyai
kemungkinan yang lebih untuk meninggal dunia akibat serangan jantung
berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.
Jika anda
mempunyai sebarang daripada faktor-faktor risiko ini, maka anda
dinasihatkan agar segera mendapatkan nasihat doktor. Anda perlu sedar
bahawa masalah jantung memerlukan perhatian perubatan yang segera.
Jangan
tunggu sehingga berlakunya serangan jantung atau strok. Pengesanan
serta rawatan awal akan dapat menyelamatkan nyawa anda.
*Tanda-tanda serangan jantung
Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.
Sesetengahnya
bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa
kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan
perubatan dengan segera.
Majoriti akan mengalami simptom- simptom. Berikut adalah simptom-simptom yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:
*
Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian
dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit
yang hilang dan datang semula.
* Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.
* Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.
* Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.
*Gejala dan tanda amaran serangan jantung
Satu
daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) - iaitu
satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.
TIA
adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa
yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan
sebarang kesan kekal yang ketara.
TIA menandakan satu serangan
strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda
mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda
perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:
* Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan
* Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap
* Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba
* Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
* Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
* Masalah ingatan atau kekeliruan
*Tujuh tip jantung sihat
1- Apakah sejarah keluarga anda?
Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.
Jika
salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda
pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda
turut cenderung untuk turut mendapatnya.
Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.
2- Di meja makan
Makan
diet yang seimbang yang terdiri daripada buah- buahan, sayur- sayuran,
bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang
tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.
Kesemua
lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko
untuk mendapat kolesterol darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan
pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah
lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu,
asid lemak trans dan kolesterol.
3- Serat larut: senjata rahsia anda
Serat
larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang
sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah
terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan
menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam
saluran pencernaan anda.
Mereka kemudiannya akan dikeluarkan
bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan
diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan
membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta
mengurangkan risiko penyakit jantung.
Oleh kerana serat larut
(seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik),
maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda.
Ini
dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar
glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran
darah anda. Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara
mendadak.
Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut
serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda
adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI
termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah
dirumus khas.
4- Mengawal tekanan darah
Tahukah anda
bahawa hanya enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal
tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang
daripada 94 orang tersebut! Periksa tekanan darah anda sekurang-
kurangnya dua kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras
yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.
5- Awasi berat badan anda
Lakukan
senaman selama sekurang- kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam
seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).
Walau
bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau
obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh
yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Secara
amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih
kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang
dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.
6- Berhenti merokok
Tembakau
dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta
mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang
lain. Jadi, jika anda merokok, hentikannya sekarang demi kebaikan
jantung anda.
7- Jangan lupa berjumpa doktor!
Dan akhir
sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan
anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes
awal penyakit jantung dan diabetes.
- Dr. Khoo Kah Lin merupakan Perunding Kardiologi, Yayasan Jantung Malaysia.
MAHA SUCI PENCIPTA YANG MAHA AGUNG..