DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah
ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik
perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki
peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap
imunisasi badan.
Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita
yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan
perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan
keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya
sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa
keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.
Wajah
berseri
Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang
sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit
menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah
begitu?
Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran
darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk
mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga
membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.
Bentuk tubuh
yang menarikLetih bersenam di gimnasium atau penat berdiet
semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara
yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.
Cukup hanya di
rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih
tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang
bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling
bekerjasama.
Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan
teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran
merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.
Hilangkan
lenguh-lenguh badanLetih bermain badminton belum hilang
ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak
bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat
tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang
paling hebat.
Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan
dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang
ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.
Kenapa?
Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang
dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit
secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.
Malah, penulis buku “The
Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan
seseorang dari sakit selama enam jam.
Kitaran haid yang
teraturMenurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”,
wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan
haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin
dengan pasangan.
Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang
teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah
keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting
tersebut.
* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita edisi
terbaru