Jantung Manusia dan Sakit berkaitan Jantung

on Monday, 5 August 2013

  
       
Jantung manusia bentuknya seperti buah pear dalam ukuran genggaman tangan, beratnya antara 225 gram hingga 340 gram

Ia berdenyut lebih kurang 70 kali dalam 1 minit, bermakna dalam 1 jam ia akan berdenyut 4,200 kali, dlam 1 hari 100,800 kali dan dalam 1 tahun akan berdenyut 36,792,000 kali

Jika umur manusia 60 tahun bermakna jantung yang " Ajaib " ini akan berdenyut 20,207,000,00 kali tanpa berhenti.

Jantung manusia akan megepam 22,00 gelen darah setiap hari, bermakna ia akan mengepam 8,030,000 gelen dalan setahun, dan 481,800,000 gelen dalam pertengahan umur 60 tahun iaitu menyamai 345,000 tan.

Apakah ada alat pengepam lain yang mampu melakukan pekerjaan berat seperti ini dalam jangka masa yang lama tanpa pernah berhenti atau perlu kepada perbaikan...

JIKA anda telah mengikuti siri berkenaan tentang penjagaan jantung dan diabetes ini, maka anda sudah ten Dalam perbualan bersama rakan-rakan anda, pernyataan “Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia” selalunya akan diikuti dengan “Diabetes merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung.”

Dan, kini setelah anda berjaya menarik perhatian mereka, anda boleh menutup perbincangan dengan, “Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu menghidap diabetes untuk menjadi mangsa kepada serangan jantung atau strok?”

Pernyataan-pernyataan ini adalah benar dan di dalam bahagian terakhir daripada enam bahagian bersiri ini, kita akan mengkaji ketiga-tiganya dengan lebih mendalam lagi.

Apakah itu penyakit jantung? Bagaimana untuk mengekalkan jantung yang sihat tidak kira sama ada kita menghidap diabetes ataupun tidak? Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui sama ada jantung kita bermasalah?

*Penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan satu keadaan yang menjejaskan otot-otot jantung (miokardium) dan saluran-saluran darah dalam jantung (arteri koronari). Punca penyakit jantung yang paling lazim adalah penyempitan arteri koronari iaitu satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis.

Aterosklerosis bermula apabila lapisan bahagian dalam arteri koronari telah rosak atau cedera akibat bermacam- macam faktor termasuk merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sesetengah penyakit seperti diabetes.

Kolesterol dan bahan-bahan lain akan berkumpul dalam dinding arteri untuk membentuk plak. Semakin lama, semakin banyak plak yang akan terbentuk. Akhirnya, plak ini akan menyempitkan ruang dalam arteri, menghalang bekalan darah serta mungkin akan pecah untuk membentuk darah beku.

Jika darah beku menghalang pengaliran darah ke jantung anda, maka anda akan mendapat serangan jantung; jika ia menghalang pengaliran darah ke otak anda, maka anda akan mendapat strok.

Kehadiran plak sahaja, walaupun jika ia tidak pecah, masih boleh membahayakan. Plak akan menyempitkan saluran darah dengan teruk hingga anda akan mempunyai simptom-simptom penyakit koronari jantung (CAD) seperti angina (sakit dada).

Jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin akan mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif (kegagalan jantung).

Adakah ini akan berlaku kepada saya?

Risiko untuk anda menghidap penyakit jantung adalah tinggi terutama sekali jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung atau anda sudah berusia lanjut.

Jantina turut merupakan faktor: lazimnya, kaum lelaki akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung manakala risiko bagi wanita pula akan meningkat tinggi selepas menopaus. Malangnya, anda tidak boleh mengubah faktor-faktor risiko ini.

Di sini terdapat beberapa faktor risiko yang masih boleh anda ubah: merokok, gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat makan yang tidak sihat, tekanan dan berat badan yang berlebihan atau obes.

Kesemua faktor ini akan mengkucar-kacirkan glukosa darah, tekanan darah serta kolesterol darah anda di mana ia akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.

Seperti yang telah disebutkan tadi, diabetes merupakan faktor risiko yang utama. Mereka yang menghidap diabetes adalah dua hingga empat kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung ataupun strok, berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

Dua daripada tiga orang yang menghidap diabetes akan meninggal dunia akibat penyakit jantung atau strok dan mereka mempunyai kemungkinan yang lebih untuk meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

Jika anda mempunyai sebarang daripada faktor-faktor risiko ini, maka anda dinasihatkan agar segera mendapatkan nasihat doktor. Anda perlu sedar bahawa masalah jantung memerlukan perhatian perubatan yang segera.

Jangan tunggu sehingga berlakunya serangan jantung atau strok. Pengesanan serta rawatan awal akan dapat menyelamatkan nyawa anda.

*Tanda-tanda serangan jantung

Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.

Sesetengahnya bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Majoriti akan mengalami simptom- simptom. Berikut adalah simptom-simptom yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:

* Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula.

* Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.

* Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.

* Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.

*Gejala dan tanda amaran serangan jantung

Satu daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) - iaitu satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

TIA adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan kekal yang ketara.

TIA menandakan satu serangan strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:

* Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan

* Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap

* Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba

* Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba

* Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab

* Masalah ingatan atau kekeliruan

*Tujuh tip jantung sihat

1- Apakah sejarah keluarga anda?

Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.

Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.

Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

2- Di meja makan

Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah- buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.

Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

3- Serat larut: senjata rahsia anda

Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.

Mereka kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda.

Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda. Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.

Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

4- Mengawal tekanan darah

Tahukah anda bahawa hanya enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut! Periksa tekanan darah anda sekurang- kurangnya dua kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

5- Awasi berat badan anda

Lakukan senaman selama sekurang- kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

6- Berhenti merokok

Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, jika anda merokok, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

7- Jangan lupa berjumpa doktor!

Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan diabetes.

- Dr. Khoo Kah Lin merupakan Perunding Kardiologi, Yayasan Jantung Malaysia.

MAHA SUCI PENCIPTA YANG MAHA AGUNG..

Apa yang menyebabkan kekuningan pada baby? Dan cara merawatnya?


Kekuningan pada bayi atau jaundice merupakan keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning. 60% daripada bayi yang dilahirkan mengalami masalah kekuningan pelbagai peringkat, terutamanya bagi bayi yang lahir pramatang. Jaundice berlaku apabila kandungan bilirubin (sejenis bahan kimia) yang sepatutnya dihapuskan oleh hati melibihi paras normal. Walaubagaimanapun, keadaan ini merupakan fenomena biasa bagi bayi yang baru lahir kerana hati mereka memerlukan beberapa hari untuk memproses bilirubin . Bayi yang lahir cukup umur dan sihat yang mengalami jaundice yang ringan akan pulih selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, bagi bayi yang lahir pra matang serta mengalami masalah kesihatan memerlukan pemerhatian dan rawatan. Jaundice juga boleh terjadi akibat antibodi kumpulan darah (faktor rhesus dan ABO incomptibilities ), anemia, hepatitis serta kandungan galaktosa (gula susu) dalam darah yang tinggi.
Sebab- sebab lain jaundice:

1-Susu ibu
Colostrum dalam susu ibu pada beberapa hari pertama kelahiran mengganggu fungsi hati bayi. Enzyme yg terkandung dlam susu ibu juga berkemungkinan menyebabkan keadaan ini yang dipanggil Breast milk Jaundice.

2-Neonatal hepatitis
Virus seperti cytomegalovirus, rubella, and hepatitis A, B and C boleh menyebabkan hepatitis. Bayi mungkin terdedah kpd virus semasa dalam kandungan ataupun selepas dilahirkan.

3-Rhesus dan ABO incompatibility (kumpulan darah dan faktor rhesus  +- tidak sama antara ibu dan anak)
Keadaan ini menyebabkan tubuh ibu menghasilkan antibodi yang menyerang sel darah merah kandungan pada peringkat akhir kehamilan. Akibatnya, kandungan sel darah merah bayi@kandungan yang musnah dan terpaksa disingkirkan dari badan adalah tinggi. Keadaan ini  akan merangsang peningkatan bilirubin yang banyak. Rhesus and ABO incompatibility dimanifestaskan dengan anemia dan jaundice yang teruk beberapa jam selepas bayi dilahirkan.

4-Haemolytic anemia
Anemia yang diwarisi ini merupakan penyakit autoimmune (masalah pada sistem immunity)  di mana sel darah merah akan dimusnahkan oleh sistem imuniti.
Haemolytic anemia juga boleh terjadi akibat komplikasi dari masalah lain seperti jangkitan malaria.

5-Galactosaemia
Galactose yang tinggi dalam darah akan menyebakan 'chirrosis' pada hati yang menyebabkan hati gagal memproses bilirubin dengan baik.

6- Biliary atresia
Saluran hempedu bayi rosak yang menyebabkan hempedu terkumpul dalam hati, menjejaskan fungsi hati dan menyebabkan jaundice.

Cara merawat jaundice.
Cara merawat jaundice adalah bergantung kepada penyebab jaundice itu sendiri. utk mengenalpasti, ujian diagnostik perlu dilakukan. Pemeriksaan fizikal, ujian darah, CT Scan, biopsy hati dan exploratory surgery adalah sebahagian dr ujian yang dilakukan untuk mendiagnose.

1-Jaundice biasa yang ringan
tidak memerlukan rawatan khusus, biasanya akan pulih sendiri dalam tempoh beberapa hari

2-Jaundice sederhana atau teruk
Photo therapy / terapi cahay untuk menukarkan bilirubin kpd bahan kimia kurang berbahaya
blood transfusion/ pemindahan darah

3-Breast milk jaundice
photo therapy
pemberian susu diteruskan

4-Neonatal hepatitis
tiada rawatan yang khusus, vitamin dan mineral supplement boleh membantu

5-Haemolytic anemia
Bergantung pada penyebab anemia
cth- jangkitan malaria- ubat anti malaria

6-Galactosaemia
Pastikan makanan bayi tidak mengandungi galactose, gantikan susu ibu dengan formula bayi

7- Biliary Atresia
Pembedahan untuk betulkan semula saluran hempedu

Bagi kes- kes lain seperti kerosakan hati, pilihan yang ada hanya pemindahan hati/ liver transplant

(Al-Fatihah) Seorang Tok Siak Di Salah satu Surau Di Bangi Meninggal Dunia Ketika Solat.

on Friday, 2 August 2013

(Al-Fatihah) Seorang Tok Siak Di Salah satu Surau Di Bangi Meninggal Dunia Ketika Solat. 

Sesungguhnya Meninggal Dalam Keadaan Mengadap Allah S.W.T Adalah Yang AmatLah Diharapkan Tambahan Pula pada Bulan Yang Mulia Ini Iaitu Ramadhan. 

Sama-sama kita doakan agar rohnya bersama Orang-Orang Beriman Dan Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau. Amin..

~ @[102834176509441:274:Suami Isteri Bahagia]
(Al-Fatihah) Seorang Tok Siak Di Salah satu Surau Di Bangi Meninggal Dunia Ketika Solat.

Sesungguhnya Meninggal Dalam Keadaan Mengadap Allah S.W.T Adalah Yang AmatLah Diharapkan Tambahan Pula pada Bulan Yang Mulia Ini Iaitu Ramadhan.

Sama-sama kita doakan agar rohnya bersama Orang-Orang Beriman Dan Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau. Amin..

 


'Cikgu, jangan marah saya'

on Monday, 29 July 2013

'Cikgu, jangan marah saya'
Siti Nooraini mencuba baju barunya. Kelihatan gurunya, Haidatul Azila Johar (kiri) yang sentiasa bersamanya sepanjang program membawa anak yatim dan kurang berkemampuan membeli pakaian baru sempena Aidilfitri di pasaraya Mydin Mall, Kuala Terengganu.
                    
KUALA TERENGGANU – “Cikgu, jangan marah saya, nama saya Noraini..kaki saya macam ni..” kata Siti Nooraini Abdullah, 5, sambil menunjukkan kedua-dua belah kakinya yang cacat itu apabila dimarahi gurunya jika tidak menyiapkan kerja sekolah.

Menurut gurunya, Haidatul Azila Johar, Siti Nooraini, tidak pernah kering gusi bercerita apabila diajukan soalan, dia antara kanak-kanak yang ceria di dalam kelas dan amat cerdas, walaupun dirinya dilahirkan serba kekurangan.

Kaki kirinya mengerekot, sebelah lagi mereput dan kudung sejak lahir manakala, lima jari tangan kanannya turut kudung sejak kecil.

“Walaupun tidak boleh berjalan, dia tak susahkanguru apabila hendak ke tandas, dia pandai urus diri sendiri, termasuk apabila buang air.

“Alhamdulillah, Nooraini budak pintar dan kita harap dia akan terus membesar dengan baik sehingga mencecah alam remaja dan dewasa nanti,” katanya ketika ditemui di Mydin Mall pada program membawa anak-anak yatim
dan kurang berkemampuan membeli persiapan Hari raya Aidilfitri.

Program itu dianjurkan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Nooraini juga tidak putus-putus menceritakan mengenai baju rayanya itu dan memilih warna hitam sebagai warna yang diminatinya.

Dia kelihatan cukup teruja apabila dibawa bersama 38 kanak-kanak lain dari Pra Sekolah Pendidikan Khas, Pendidikan Khas dan Sekolah Kebangsaan Sultan Omar membeli belah di Mydin Mall.

“Memandangkan keluarganya juga kurang berkemampuan, kadang-kadang apabila balik sekolah, saya sengaja bawa dia balik ke rumah memandangkan saya juga ada anak sebaya Siti Nooraini, tetapi hari Khamis dan Jumaat
saya biarkan dia pulang ke rumah neneknya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaannya yang tidak seperti kanak-kanak lain dan terdapat kanak-kanak nakal sebayanya yang mengganggu dan mengejek dirinya, Nooraini yang kelihatan masih belum mengerti mengenai apa yang
dialaminya itu hanya mengangguk dan mengiakan sahaja.

“Fadhil, Haikal, Muiz..semua kawan baik Nooraini. Ada juga yang ejek, tetapi ramai kawan layan Nooraini dengan baik.

“Nooraini tinggal dengan tok dan Ummi, Ummi baik..,” katanya.

sinar harian

11 Perkara penyebab kita menjadi penderhaka suami

on Wednesday, 10 July 2013

Oleh peribadirasulullah
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRUscZTKC2Ff-Ms2Lc91EZIO5Mi8IphHcf9vXZstx9s4bkAztoT
Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
2. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
4. Enggan berpinda
5.(berhijrah) bersama suaminya.
6. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
7. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
pergi. Minta talak.
8. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
9. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
10. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
11. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
pergi. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
dan. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Semoga bermanfaat..In sya Allah.

sumber:klik

EHH,Apa NIiiiiiii_Sakit dan Ramadan

on Tuesday, 9 July 2013

Sakit dan Ramadan

Oleh WUM


Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, selaku pesakit, golongan ini haruslah bijak menimbang tara antara kewajipan berpuasa dan kewajipan menjaga kesihatan.
Jelasnya, bagi membantu pesakit membuat keputusan, satu langkah yang boleh diambil adalah mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Menurut Dr. Raja Affendi, gastrik dan ulser perut adalah dua penyakit yang berbeza. Gastrik atau istilah perubatannya bermaksud perut dan gastritis merupakan keradangan pada dinding perut manakala ulser pula adalah luka akibat hakisan asid perut.
"Kedua-duanya boleh terjadi akibat jangkitan bakteria helicobacter pylori yang memerlukan penggunaan ubat penahan sakit tertentu (seperti ibuprofen, naproxen, aspirin dan lain-lain), pengambilan steroid yang berlebihan serta merokok.
"Lazimnya, kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan perasaan sebu (dyspepsia) di hulu hati.
"Individu berkenaan boleh didiagnos melalui endoskopi serta pengesanan jangkitan helicobacter pylori menggunakan sampel biopsi yang diambil pada dinding perut," kata Dr. Raja Affendi.
Pengesanan jangkitan helicobacter pylori kata Dr. Raja Affendi, boleh juga dibuat melalui ujian darah, najis dan perhembusan nafas (urea breath test).

sumber:klik

Bertuahnya Wanita: Wanita Ciptaan Istimewa

on Saturday, 29 June 2013




 
 
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke
liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata
kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang
suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-
galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin,
ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita,
lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia
menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu
menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada
ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa
henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah
kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi
wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi
sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri
banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di
sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban
dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Sumber : klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© KakAnnie Blog All Rights Reserved